Followers

Thursday, July 7, 2011

Dalam Proses Untuk Ke Gerbang Penerbitan

Assalamualaikum,

Hai apa khabar semua? Mr Secret kirim salam, Mr Secret cakap dia sedang dalam debaran. Mr Secret akan ke Penerbitan tak lama lagi. Hope semua harapan dan impian akan menjadi kenyataan. Setelah sekian lama menyepi dan putus asa dalam dunia penulisan... (whatever). Saya pula sedang sedih, sebab... tak apalah... yang penting kita kena fikir positif untuk terus maju. But, saya tak berharap sangat e novel saya dibukukan. Semuanya bergantung kepada Editor, penerbit dan ketentuan Allah SWT.

Saturday, May 14, 2011

NUR FIRDAUS SAFIE

MR SECRET MINTA MAAF SEBAB TAK DAPAT KE MAJLIS CONVOCATION NUR FIRDAUS SAFIE~ TAPI DIA KIRIM BINGKISAN NI... MR SECRET CAKAP, KAK NURUL KIRIM SALAM... SALAM SAYANG LAGI... ASSALAMUALAIKUM WBT. TANIAH JUGA KAMI UCAPKAN~ !!!!!

Monday, February 28, 2011

HADIAH DARI MR SECRET BUAT PEMBACA

SALAM SAYANG KEPADA SEMUA PEMBACA YANG SUDI SINGGAH... TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN TERHADAP PENULISAN NURUL SELAMA INI~ TERHARU SANGAT NEH... ALHAMDULILLAH, KERANA SOKONGAN SEMUA SAYA DAPAT HASILKAN 1 E NOVEL YANG DAPAT MENAMBAT HATI ANDA SEMUA... HARAPAN SEMOGA ANDA TIDAK PUTUS-PUTUS MENYOKONG KARYA SAYA. I'ALLAH E NOVEL AKAN DATANG, ADALAH MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI E NOVEL INI, ME & SECRET LOVE~ ME & MY LOVE.

AKHIR KALAM,
SALAM SAYANG BUAT SEMUA
MR SECRET
PENULIS E NOVEL: NURUL HABIBATUL AMINI
@copyright; hak cipta terpelihara oleh Nurul Habibatul Amini

Friday, February 25, 2011

SAMBUNGAN DARI ME AND SECRET LOVE!

ME AND MY LOVE WILL BE COME TO YOUR HEART AND SOUL.
http://enovelmeandmylove.blogspot.com/

Saturday, December 11, 2010

Mr Secret Berbesar Hati

Mr Secret nak ucap terima kasih dekat orang yang hantar gambar ini melalui emel... namanya moh masdur... terima kasih sekali lagi...

Thursday, September 30, 2010

Episode 10

♥ 10 ♥



AKU terus melangkah keluar dari bilik CEO dengan segera. Berlari-lari anak aku mendaki menaiki anak tangga.
“Fuhh, penat juga berlari menaiki anak tangga ni,”
Aku senyum lalu membolos duduk di atas kerusi. Mengadap kembali skrin laptop yang masih setia menghambakan diri untuk tuannya ini. Termanggu di meja sebentar, mengingatkan penat tadi, aku melepaskan lelah buat seketika. Melangut seketika mengenangkan sesuatu yang sering aku musykil tentang kewujudannya. Mr.Secret. Wake up Diana, jangan termenung!! Jerit hati aku.
“Wake up…”
Desiran kecil dari bibir terkeluar dengan suara halus. Cuma aku yang dengar. Tiba-tiba…
MR.SECRET: Hai…
Aku disapa Mr. Secret lagi. Baru saja teringatkan dia. Bagai tahu apa yang aku fikirkan. Macam hantu pula kini kurasakan. Hantu tak hantu pun, hati aku sering terdetik untuk membalas setiap sapaan.
PUTERI: Hai
MR.SECRET: Hmmm…
PUTERI: Hmmm? kenapa?
Soal aku. Agak menjadi tanda Tanya dengan ‘hmmm’ yang dibuat oleh Mr.Secret itu.
MR.SECRET: Tak ada apa… dah makan?
PUTERI: Belum, puteri nak siapkan kerja ini sikit je lagi… Encik abang pula dah makan?
MR.SECRET: Belum…
PUTERI: Makanlah dulu nanti perut masuk angin
MR.SECRET: ok, kejap lagi I pergi makan, kebetulan hendak jumpa client…
PUTERI: Client?
MR.SECRET: Hmm, client… kenapa?”
PUTERI: Tak ada apa-apa, saja
MR.SECRET: I pergi dahulu ya… bye
PUTERI: Bye, hati-hati…
MR.SECRET: Bye…
PUTERI: Bye…
Tidak sampai beberapa minit kemudian.
MR.SECRET: Bye puteri
PUTERI: Aik, tak pergi lagi?
MR.SECRET: Hihi…
PUTERI: Pergilah cepat, nanti client tunggu… tak baik buat orang menunggu tau.
MR.SECRET: Ok, bye…
PUTERI: bye
Aku membaca kembali emel-emel dari Mr. Secret itu tadi. Kelakar pun ada. Macam tak mahu pergi dari tempat duduk dia sekarang. Bagai sayang utuk meninggalkan tempat duduk dia itu. Tak sangka aku dapat kenal dengan orang semacam ini… ada lagi ke orang semacam ini di dalam dunia ini dalam dunia ni? Ish, dunia sebegini pun masih ada secret love? Secret admire? Macam tak percaya aje kan? Betul ke apa yang aku sedang fikirkan ini… benarkah apa yang aku sedang alami ini? Adakah ini sebuah mimpi atau benar? Ah! sudah-sudah… dah mula dah aku ini, nak fikir yang bukan-bukan. Aku hela nafas panjang. Aku cuba untuk berhenti berfikir tentang perkara yang sedang bermain dalam fikiran. Tapi, tak boleh. Oleh kerana, ia membuatkan aku ligat berfikir. Seperti bumi yang sedang berputar. Bagai gasing yang sedang berputar ligat. Umpama roda berpusing-pusing. Aku menggaru-garukan kepala yang tak gatal.
“Siapa dia ini? Curiouslah, tahu tak, curious? So curious. Hmm, siaplah… kalau aku tahu siapa Mr. Secret ni. Aku patah-patahkan tangan dan jari jemari dia,”
Aku memalingkan mukaku ke arah belakang. Aku berhenti berfikir. Lalu menoleh ke hadapan.
Ish, takkan mamat tu… Mr. Manager tu? Ish, mengarut-mengarut. Takkan dia nak buat kerja-kerja ini..tidak takut ke pada isteri dia.
Aku berpaling lagi cuba mencuri pandang melihat Mr. Manager Azmi yang ada dibelakang aku itu.
Tap, kalau dia yang buat ini, siap dia. Bukan setakat patah-patahkan tangan dan jari dia… aku patah-patahkan juga tulang belakang dia. Kih-kih-kih. Padan muka dia. Siapa suruh buat aku macam ini.
Lagak aku tanpa disedarai oleh sesiapa.
“kesian aku,” belas aku kepada diri aku sendiri.
Tiba-tiba Mr. Manager Azmi yang berada dibelakang aku menoleh ke arah aku. Lalu, tidak fasal-fasal dia gelak. Aku bangun.
Eee… betullah ni, mesti dia yang buat semua ni… siap dia!
“Apa gelak-gelak?”
Tanpa angin tanpa ribut aku soal Mr. Manager Azmi tu macam polis. Sudah tentu dia yang buat. Selama ini pun dia memang ‘macam’ tak sukakan aku… asyik cari gaduh dengan aku aje. Mesti dia saja nak kenakan aku. Mungkin. Sangka aku.
“Apa kes?”
“Kes apa Diana? Aku tengah YM dengan kawan aku ini, dia buat aku gelak,”
Dengan cuak Mr.Manager Azmi memandang aku yang mungkin dia ingat aku sedang PMS.
“YM?”
Yahoo Messenger. Satu aplikasi yang dicipta khas untuk membolehkan kita berhubung antara dua, tiga atau lebih dari itu untuk bersembang Aku pula naik cuak dengan perbuatan aku itu tadi. Hihi, siapa suruh buat macam tu. Last sekali aku yang kena balik penangan yang sungguh memalukan. Tapi, aku kena cover malu tu sikit. Jangan bagi Mr. Manager nampak.
“Yalah, kau ingat aku tengah buat apa?”
Laung Mr. Manager Azmi dari dalam biliknya. Pintu yang terkuak luas tu membuatkan ia semakin jelas kedengaran. Mengekeh-ngekeh si Zarina gelakkan kami. Aku tunduk sedikit sambil memandang si Zarina. Tergopoh gapah pula si Zarina mengambil kertas-kertas di atas mejanya lalu dengan serius membuat kerja. Hampir tergelak kuat aku dengan perangai si Zarina tu.
“Dengan kawan?”
Soal aku lagi. Kalau orang tak tahu ni, mesti orang ingat aku sedang cemburukan teman lelaki yang sedang sembang melalui YM dengan perempuan lain. Ops… habislah.
“Yalah, kawan,”
“Kawan itu dekat mana?”
“Dekat Johor…”
Boleh pula mamat tu melayan soalan-soalan aku ni.
“Johor?”
“Ya…”
Dengar suara Mr. Manager Azmi yang bagai letih untuk menjawab soalan-soalan aku tu.
“Oo, hihihi…”
Aku sengeh. Lalu, tersenyum sampai ke telinga. Buat-buat muka orang tak bersalah.
“Kau kenapa Diana?”
Soal Mr. Manager Azmi bunyinya macam pelik aje dengan aku.
“Eh, tak, tak ada apa-apa… saja, nak membusykan body,”
Aku gelak dan terus duduk kembali. Nasib tidak meluru marah. Kalau tidak, tidak fasal-fasal aku yang dapat malu. Aku gelak lagi. Iya lah..mana tidaknyer kalau tiba-tiba marah kepada orang yang salah.
Kan dah jadi penyiasat tidak bertauliah namanya itu.
Aku berpaling kea rah Mr. Manager Azmi itu kembali.
“haha..” Mr. Manager Azmi itu gelakkan aku.
“kurang asam gelugur punyer Mr. Manager..huh”
Omel aku sendirian.
“Eh, Mr. Manager tak jumpa client ke?”
Soal aku, bunyinya bagai tak puas hati. Sebab, tadi Mr.Secret cakap dia nak jumpa client. Masa pun sama dengan boss. Mesti dia ada kena mengena dengan syarikat PERMATA Holdings Sdn. Bhd ni.
Azmi tengok jam di tangan.
“Diana! Kenapa tak tanya aku awal-awal… Aku dah lewat ni!”
Terus Mr. Manager Azmi bangun dan menarik dokumen turun ke bawah tanpa memandang aku. Tapi, dia patah balik. Kali ini dia memandang aku melirik sama naik dengan perjelanannya ke biliknya bersama dokumen tadi. Dia tarik pintu biliknya lalu menguncinya pula. Aku tengok dia. Dia angkat kening.
“Ala, bukan aku nak pergi selongkar bilik kau pun…”
Perlahan aku mencebik sambil tunduk menatap kertas-kertas yang ada di atas meja.
“Apa Diana?”
“Eh, tak ada apa Mr. Manager… selamat jalan…”
Dia berlalu sambil sengeh. Hish, musykil betul aku dengan mamat seorang inilah. Mesti ada apa-apa ni yang aku tak tahu tentang dia.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Episode 9

♥ 9 ♥



AKU menyandarkan badan ke kerusi. Menyelesakan diri setelah lama membongkok membuat kerja di depan skrin laptop sejak dari tadi. Memikirkan kembali e-mel, e-mel yang baru sahaja aku dapat itu tadi dan e-mel semalam yang aku dapat dari seorang yang tak kukenali, juga aku panggil dia sebagai Mr.Secret. Itu sahaja panggilan yang dapat aku berikan, kepada dia. Aku termenung sambil tersenyum-senyum sendirian.
“Hai, cik Diana. Senyum-senyum, kenapa ini, mesti baru lepas sembang dengan pakwe tadi ya?”
Seorang staf menyapa aku.
“Eh, akak mana ada. Tadi bermessege-messege dengan kawan lamalah”
Merah padam muka aku.
“Yake… boleh percaya ke?”
Staf itu masih berdiri dihadapan aku. Dia tersengeh-sengeh melihat aku yang sedang tersipu-sipu bagai melarikan diri dari disyaki oleh staf itu tentang apa yang sedang aku alami baru sebentar tadi. Pengalaman baru yang aku sedang tempuhi. Senyumanku makin meleret-leret mengingatkan Mr Secret pula.
“Betul, tak ada apa-apa kak, ”
Aku menatap wajah staf tadi yang masih tercegat dengan senyuman nakal.
“Macam tak percaya aje, mesti ada apa-apa ini… boy friend ya?”
Soal staf itu lagi.
“Hihi, mana ada akak ini pergilah buat kerja itu dulu… kan boss nak cepat kan kak?” Aku menarik-narik tangan staf itu dan berlalu memasuki bilik mesyuarat yang tiada berpenghuni. Sambil membuka pintu dan menutup dengan melontarkan senyuman yang meleret kepada staf tadi.
“Eee, senyum meleret-leret,”
laung staf tadi sehingga menembusi celahan pintu bilik meeting tersebut.
“Bestnya landing atas sofa ini…”
Aku senyum sendirian lagi.
“Ops, landing-landing juga kejap lagi boss hendak tengok paper work Training Center, aduiyai tak siap lagi,”
Terus aku bingkas dari melayan perasaan yang bagai terawang-awang di udara itu. Ish, mana boleh jadi macam ini… bangun! bangun Diana! Aku menarik-narik kulit pipi sendiri dengan kuat.
“Auch! Sakit juga aku cubit,”
Merah pipi aku dibuatnya. Aku senyum lagi. Ah! Biarkan ajelah, entah-entah Mr. Secret itu saja nak main-main. Entah dari mana lelaki itu dapat alamat e-mel aku pun entah? Mungkin juga lelaki itu main teka-teka dapat alamat e-mel aku. Mana tahu… Hmm, boleh jadi juga. Maybe dia ni penjahat, penjenayah kolar biru. Nak tahu hal syarikat, mana tahu… Ish, tak mungkin. Tapi, aku dapat rasakan sesuatu. Kenapa ya? Entahla. Perasaan ragu-ragu mula muncul dalam pemikiran aku. Tetapi aku dapat merasai sesuatu di antara Mr. Secret itu tadi. Munculnya satu perasaan yang tak terduga-duga yang mengatakan dia ikhlas untuk berkawan dan juga mengenali aku.
“Betul ke? Tengoklah dulukan?”
Otak masih ligat berfikir. Tangan ini pula, masih rajin menaip isi kandungan kertas kerja untuk menubuhkan sebuah Training Center di Tanjung Sinar itu.
“Mesti Bersinar-sinar cahaya dekat Tanjung Sinar itukan?”
Sempat lagi aku membayangkan suasana Tanjung Sinar tersebut.
MR.SECRET: hai…
Tiba-tiba satu e-mel muncul. Sudah tentunya dari dia. Mr.Secret, jejaka misteri yang tak kukenali dan ingin mengenali aku.
PUTERI: hai
Akhir sekali aku jawab juga e-mel tersebut.
MR.SECRET: Sibuk ke?
Soal Mr. Secret.
PUTERI: Agak sibuk jugalah wahai Mr. Secret
MR.SECRET: Hmm… mengganggu ke? Tak apalah kalau macam tu.
PUTERI: Tak adalah, ok aje
MR.SECRET: Ya?
PUTERI: Ya, jangan risau
MR.SECRET: Buat kerja apa?
PUTERI: Buat kertas kerja”
MR.SECRET: Rajinnya…
PUTERI: Mana ada rajin… biasalah kalau sudah kerja kena bagi komitmenlah cik abang oi…
“Eh, betul ke dia ini lelaki? kalau bukan lelaki? Tapi…takkan lah perempuan yang sedang membalas-balas e-mel dengan aku, dia pun tahu aku ni perempuan, nama lagi Puteri, yalah… walhal dia tahu siapa aku..sedangkan..”
MR.SECRET: Hihi…
Mr Secret ketawa. Apa yang lucu sangat tu sampai dia pun ketawa?
MR.SECRET: Bagusnya…
PUTERI: Terima kasih
Tiba-tiba aku boleh tersenyum dengan pujian dari dia tu.
PUTERI: kejap ya, puteri hendak submit kertas kerja ini dekat boss, nanti kita e-mel lagi ya
MR.SECRET: ok..”
PUTERI: Ops, wait…
Sempat aku e-mel Mr. Secret. Sekali lagi, walhal dah nak keluar dari situ.
PUTERI: Yuhuuu…
MR.SECRET: Yes
Mujur Mr. Secret ada lagi.
PUTERI: Tumpang tanya…
Atau mungkin saja aje buat-buat tanya.
MR.SECRET: Hmm?
PUTERI: Awak lelaki ke perempuan?
MR.SECRET: Hihi… You rasa I ini lelaki ke atau perempuan?
Soal Mr. Secret kembali.
PUTERI: Hmm, entah ?
Jawab aku.
MR.SECRET: Hmm???
PUTERI: Hmm, kunsa.
Jawab aku dengan poyo sekali.
MR.SECRET: Hihi… saya lelaki lah
PUTERI: Tahu… hihi, saja tadi tu. Saja nak kenakan awak.
Sempat lagi aku kenakan Mr. Secret.
MR.SECRET: Nakal ya ?
PUTERI: Nakal sikit-sikit
Balas aku.
MR.SECRET: Ok puteri, I pergi dulu
PUTERI: Ok, see ya wanna see ya
MR.SECRET: Hihi, ok bye…
PUTERI: Bye
♥ ♥ ♥ ♥ ♥

DENGAN pantas aku mengapai kertas kerja yang baru siap untuk dibawa kepada CEO. Mencerun dan melangkah 25 anak tangga untuk ke bilik Chief Executive Officer (CEO) PERMATA Holding Sdn.Bhd. itu.
“Assalamualaikum boss”
“Waalaikumusalam, Diana..”
“Ini paper work untuk Training Center boss,”
Kertas kerja yang telah siap kuhulurkan kepada boss. Harap kertas kerja kali ini memuaskan. Harap boss boleh terima apa yang aku lakarkan. Itu pun dah mengikut citarasa boss juga.
“Oh, dah siap?”
“Dah, but boss… maybe we should discuss how to make pelaksanaan itu lagi baik,”
Itu hanyalah pendapat. Tidak salah kalau kita bincang balik untuk buat pelan strategic bagi pelaksanaan tersebut. Segala pelaksanaan perlu ada persefahaman dan kerjasama dari semua pihak. Tak boleh buat sebelah pihak sahaja. Itu apa yang aku fikirkan sejak dari tadi.
“Hmm, apa pendapat boss?”
Tambah aku lagi.
“Ok, saya tengok dan baca dulu ya Diana,”
Serius boss berfikir mengenainya. Terimakah dia dengan cadangan aku tadi?
“Ok, boss,”
“Terima kasih, Diana,”
“Sama-sama boss,”
“Hmm, ada apa-apa lagi boss?”
Soal aku dengan hormat.
“Hmm, tak ada,”
“Baik boss,”
Sekuntum senyuman cuba kulemparkan kepada CEO itu.
“Baik...”
Boss membalasnya dengan senyuman. Tak sia-sia aku senyum. Boss balas. Senyuman itukan satu sedekah. Hati aku bertutur-tutur sendirian. Sambil menemani satu perasaan yang sedang berlegar dengan apa jawapan boss tentang kertas kerja yang sudah aku submit tadi kepadanya tadi.
“Betul ke tidak apa yang aku buat? Tercapai di akal ke perancangan yang dibuat itu?”
Hmm, harap apa yang digambarkan oleh boss kepada aku tempoh hari tentang Training Center yang akan dibangunkan di Tanjung Sinar itu nanti menjadi kenyataan. Aku masih memikirkan berkenaan projek tersebut. Mata bagai bersinar-sinar dengan sebuah pencapaian yang akan Holdings garap. Wah hebat sungguh idea boss ni, pandai merebut peluang yang ada. Memang otak business. Business is business… Business make us money. Aku membebel seorang diri. Sambil membayangkan sebuah Training Centre yang sedang menjadi anganan kini. Cuba bayangkan sekiranya kita bangunkan pusat latihan itu di sana, berapa ramai penduduk yang ada di sana akan mendapat peluang pekerjaan, dalam masa yang sama juga kita dapat membantu penduduk sekeliling dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Hope, perancangan tentang penubuhan Training Center ini akan berjalan dengan lancer. Hmm, bukan sahaja taraf hidup penduduk di sana akan meningkat, kadar pertumbuhan ekonomi di negeri serta negara kita juga akan meningkat disamping dapat mengeluarkan produk-produk baru demi menyahut seruan kerajaan.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...